(coretan ini khas untuk hari ibu yang lepas)
Ketika ALLAH menciptakan seorang ibu yang mengandung dengan bahan yang istimewa dan tahan lama. Mata ibu haruslah mempunyai kuasa yang bukan sahaja mampu melihat yang luaran, tetapi lebih jauh mampu menafsir dan membaca apa yang disembunyikan si anak di sebalik wajahnya. Telinga ibu haruslah mempunyai dimensi yang sangat kuat yang diciptakan daripada bahan yang tidak mudah terhakis. Telinga itu mestilah kebal tatkala menahan kata-kata pedih yang dikeluarkan daripada anak-anak yang dikandungnya itu. Bahu ibu pula dibina daripada bahan yang tak terlalu keras dan tidak terlalu lembut, agar dapat menjadi tempat anak-anaknya bersandar. Tangan ibu juga dibina dengan bahan yang cukup kukuh untuk menampung beban anak-anaknya ketika bekerja seharian menguruskan keperluan mereka.Di kelopak mata si ibu, ALLAH menyediakan satu lubang kecil untuk air matanya. Air mata itu adalah miliknya, dan dia boleh mengalirkannya pada bila-bila masa yang dia mahu sambil mengadu pada ALLAH akan hal-hal yang melukai hatinya. Air mata tika menahan derita daripada kerenah anak-anak yang sering menyakitkan, ataupun air mata gembira atas kejayaan anak-anaknya.walaupun aku terlalu sayang kan dikau.. namun aku tetap tidak dapat lari dari melukakan hatimu... afwan umii
2 comments:
ingatlah syurga itu di bawah telapak kaki ibu...
to zaidah: jazakallahu khairal jaza" saya hargai nasihat sis..
Post a Comment