Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia kamal,
sorang tu alan dan sorang lagi ciko. Aktiviti seharian depa ni
menybbkan tok imam tak senang duduk. Pada satu hari tok imam tu datang
dengan niat nak tarbiyah depa ni.
Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti.
Si
kamal pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti
kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" .
Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.
Tok
imam pun suruh kamal azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah
Ta'ala... Allah Ta'ala...". Dengan segera tok imam merampas mikrofon
daripada Ali dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Terselah kejahilan kamal.
Selepas
iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram.
Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak
khusyuk jugak lagi...
Masuk je kali ketiga, Alan panggil
tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam
pun undur le ke belakang.
Alan pun angkat le takbiratul ihram.
"Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram &
memulakan solat. Tiba-tiba je si Alan ni pusing ke belakang dan
berkata, "Aaa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat Alan.
Yg lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.
Tok
imam pun mintak pulak si ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan
jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis
sembahyang. Siap dg wirid-wiridnya sekali. Punyalah respek tok imam kat
si Ciko niii...
Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata,
"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..."
Tok imam pun terkedu & terpana...
adalah gak mke cam nieq
kui~~